Saturday, August 10, 2013

Semua makhluk Allah tunduk sujud pada Allah. Jika kita tidak solat dan sujud pada Allah alangkah peliknya kita. Sama cukupkan solat dan hentkan kesombongan. Tidak ada makhluk yg layak mengatakan terlalu sibuk utk solat. 


Surah Al-Ĥaj (Verse 18)
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَسْجُدُ لَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ وَالنُّجُومُ وَالْجِبَالُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ وَكَثِيرٌ مِّنَ النَّاسِۖ وَكَثِيرٌ حَقَّ عَلَيْهِ الْعَذَابُۗ وَمَن يُهِنِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِن مُّكْرِمٍۚ إِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يَشَاءُ۩

Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka
ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.

Thursday, July 18, 2013

Mati Dalam Keadaan Islam ~ Mati Tanpa Dosa

Allah swt. bersabda, "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam". (A-li' Imraan: 102)

Dari Syaidina Usman r.a. katanya Nabi saw. bersabda; "Sesiapa mati dalam keadaan dia yakin tiada Tuhan selain Allah maka dia akan masuk syurga." (HR Muslim)

Sesiapa yang mati dalam keadaan Islam (beriman), dia dijamin akan dapat masuk Syurga.

Sesiapa yang mati dalam keadaan Islam, ada juga yang akan masuk Neraka untuk pembalasan dosa tetapi dia tidak kekal di Neraka. Setelah selesai hukuman, dia akan dikeluarkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga.

Sesiapa yang mati dalam keadaan BUKAN ISLAM, dia tidak akan dapat masuk Syurga dan akan masuk Neraka dan kekal di Neraka buat selama-lamanya. 

Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian kepada Kami kamu dikembalikan. (Every soul will taste death. Then to Us will you be returned). (Al-Ankabut: 57)

Jangan takut mati. 
Yang perlu kita takuti adalah azab siksa sesudah mati.
Akan ada azab kubur, azab di Mahsyar dan azab Neraka.
Azab siksa adalah balasan untuk sesiapa yang mempunyai dosa.
Allah Taala berfirman, maksudnya : "Dan sesungguhnya akan Kami rasakan kepada mereka yang melakukan dosa sebahagian azab yang dekat (di dunia) selain azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)." (as-Sajadah: 21)

Untuk selamat dari azab siksa selepas mati adalah mati tanpa dosa.

Untuk mencapai matlamat mati tanpa dosa:

1. Jaga diri dari melakukan dosa. Perkara WAJIB, jangan tinggal. Perkara haram, jangan buat.

2. Segera bertaubat jika melakukan dosa.

3. Segera memohan maaf dan halal jika melakukan kesalahan kepada manusia lain.

4. Bayar semua hutang. Pastikan waris tahu hutang kita dan ingatkan mereka untuk membayar hutang tersebut jika kita meninggal dunia.

5. Sentiasa berdoa kepada Allah memohon keampunan dosa, keselamatan dan perlindungan dari siksa azab neraka dan siksa kubur.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Kini manusia lebih sukakan ketenangan yang sementara berbanding ketenangan yang hakiki
Tak percaya?

Buktinya
Kita lebih cenderung untuk meluahkan rasa kecewa, marah, benci, simpati di dunia laman sesawang
Aktiviti & diari harian di'update' buat 'rujukan rakan taulan
Kemesraan pasangan suami isteri menjadi tatapan dunia tanpa sempadan
Dan..
Tiada lagi privacy untuk diri sendiri
Pangg!!!
Kadangkala ada baiknya lempang diri sendiri dulu sebelum menasihati orang lain..

Tak salah untuk berkongsi sesuatu buat sahabat handai
Minta pandangan, semangat, motivasi, tunjuk ajar, kata dorongan & inspirasi
Tetapi adakalanya
Sesuatu yang tidak perlu pun
Kita 'terkongsi'
Allah sorokkan aib kita
Allah tak hebahkan pun dosa kita pada kawan-kawan kita yang lain
Takkan kita sukarela buka aib kita sendiri?

Kita post sambil marah-marah
Keluar perkataan yang tak sepatutnya
Nak jadikan cerita
Kawan kita yang tak bersalah pun ikut terasa
Kawan kita yang lain, mengapi-apikan lagi
Dia campak  bertong-tong minyak tanah atas api kemarahan kita
Bertambah-tambah marak
Selesai ke?
Ada baiknya ambil wudu' mohon dengan Allah moga dipadamkan sifat kemarahan kita itu kerana itu sifat syaitan; sifat api
Wajah paling tak handsome & paling tak jelita adalah ketika mana seseorang itu sedang mengamuk-ngamuk

Jom sama-sama lepas ni kita mohon dengan Allah
Allah Pemberi Ketenangan Hakiki
Bukan manusia
Manusia tiada apa
Tetapi Allah ada segala-galanya
Percayalah
Berbaik sangkalah dengan Allah
Allah sentiasa ada dengan kita tetapi kita yang selalu tiada masa buat-Nya kerana sibuk dengan urusan dunia.
Sobs..

Sekali lagi
Mintalah dengan Allah
Allah tak marah
Allah lagi suka dengar rintihan kita
Allah lagi suka dengar tangisan kita
Allah lagi suka dengar permintaan kita
Allah lagi suka dengar rengekan kita
Mintalah pada-Nya
Ketenangan hakiki bakal kita temui
Percayalah sahabat-sahabat saya :')

Wednesday, June 12, 2013

Kami Bersyukur Allah Tuhan Kami

Nikmat, itulah yang sering diminta-minta tanpa rasa malu oleh manusia. Dan nikmat apakah yang paling besar pernah kita rasa?

Bagi sesetengah orang, ada yang mengatakan nikmat yang paling besar mereka adalah nikmat Iman. Ada juga yang mengatakan nikmat Islam.

Tapi bagi aku, nikmat yang paling besar adalah Allah sebagai Rabb kita. Ya, Allah sebagai tuhan kita.

Semua orang bersyukur bahawa dirinya diberikan iman, dikurniakan Islam oleh Allah. Dan itu adalah nikmat yang nyata. Siapa pernah bersyukur bahawa dirinya mempunyai Tuan, Tuhan, Pencipta seperti Allah?


Bersyukur Allah Tuhan Kita
Itulah nikmat yang paling agung, menjadi hamba Allah di atas bumi ini. Iman, Islam, nyawa, bukankah itu semua kurniaan Allah? Jadi, kenapa ktia tak pernah terfikir untuk merasakan Allah sebagai Tuhan kita juga merupakan nikmat.

Dialah pencipta segala-galanya. Dia jugalah yang berkuasa atas semuanya, yang Maha Bijaksana, yang Maha Agung. Hikmah-Nya begitu halus untuk kita memikirkannya.

Nikmat-nikmat yang Allah berikan telah disebut dengan jelas di dalam surah Ar-Rahman.

Dengan gelaran ar-Rahman itu sendiri, Tuhan yang Maha Pemurah lagi melimpah-limpah rahmat-Nya. Dialah yang menurunkan al-Quran. Dialah yang mencipta manusia; membolehkan manusia bertutur memberi dan menerima kenyataan.

Matahari dan bulan beredar mengikut kadar yang tertentu; Tumbuh-tumbuhan serta pohon kayu-kayuan masing-masing tunduk menurut perintah-Nya.

Dia yang menjadikan langit sebagai bumbung yang tinggi dan dijadikan bumi sebagai kegunaan manusia dan makhluk-makhluk-Nya yang lain. Dan banyak lagi yang terkandung di dalam surah ar-Rahman ini.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (ar-Rahman 55:18)

Ternyata, tiadalah nikmat yang paling besar selain Allah sebagai Tuhan kita. Ketahuilah, Allah adalah Tuhan kita. Tuhan yang patut kita tundukkan seluruh jiwa raga kita kepada-Nya, Tuhan yang patut kita serahkan sepenuh ketaatan kepada-Nya, kerana Dia yang menciptakan segala-galanya.

Tidakkah kita berasa beruntung dijaga oleh yang Maha Hebat itu? Apakah yang telah kita lakukan untuk-Nya? Bagaimanakah suruhan-Nya kepada kita?

Adakah terlaksana dengan baik?

Kita juga tergolong dalam kelompok hamba yang tidak bersyukur, sekiranya kita masih mempunyai perasaan ego dan ingkar untuk taat dan tunduk pada suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Allah menjelaskan dalam surah Toha, ayat 132 yang bermaksud,

            “Dan perintahkan keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekur serta bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, bahkan kami yang memberi rezeki kepadamu. Dan ingatlah kesudahan yang baik adalah untuk manusia yang bertakwa.”

Allah tidak rugi walau sedikitpun sekiranya kita berpaling. Dia tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat. Tetapi, kita yang sering meninggalkan-Nya.

Marilah kita sama-sama menjaga hubungan baik dengan Allah supaya kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi. Wallahualam.

Formula for maintaining Good Human Relationship

     To me every human is a divine being. I treat everyone with utmost respect and be a good finder, not a fault finder. When you meet someone imagine that it is your first and last time to meet the person. Make others like themselves a little bit more and they will like us forever. Say good things to everyone you meet, remember their names and call them their names even if they are general worker. Be genuinely interested in everyone you meet. Be an interactive listener. Let them talk about themselves. Let your friends excel you do not excel your friend. Always appreciate, acknowledge and do not criticise when you meet a person. Whenever you meet someone always find something nice about them to compliment. Treat others better than you want to be treated. Smile genuinely. Smile with your eyes and your body.  Find something good about others and say it out. 


Sunday, April 21, 2013

Renungan Bersama

Orang yang berjaya menyukai apa yang mereka lakukan dan mendapat makna atas segala perbuatan mereka. 

Orang berjaya berlumba dgn masa utk membuat aktiviti berguna.


Setiap saat katakan pada diri kita perkara yang baik seperti " saya sayang diri saya , keluarga saya dan semua makhluk Allah" lihat bagaimana hidup akan berubah bila sikap kita berubah.


Apa yang kita semai itu yg kita akan tuai. Jom audit diri dan pilihan kita sebelum ini yang memberikan hasil kehidupan kita.


Semoga kita sentiasa merenung diri dan memulakan sesuatu tabiat yang baik yang akan mengubah kehidupan dunia dan akhirat.


Semoga ramai dari kita yang hidup suka menghargai orang lain.


Semoga kita fokus kehidupan kita utk akhirat dan sentiasa kata kita hanya transit di dunia ini.


Ramai tahu solat wajib tapi banyak alasan bila nak menunaikannya. Jom audit diri.


Sentiasa berdoa dapat cahaya dalam kubur yakni sedekah dan wudhu. Jika kita bakhil dan tidak solat bayangkan kubur nanti. Kaum wanita jaga aurat dan solat. Bayangkan mati dalam keadaan membuka aurat alangkah ngerinya.


Bila kita di kubur yang tinggal hanya amalan. Jom cari pencen kubur iaitu anak yang soleh, ilmu bermanafaat, dan sedekah jariah.


Bila kita menerima Islam, akan keluar dari gelap kepada cahaya dan in syaa Allah bahagia dunia dan akhirat. 


Setiap saat doa mendapat taufiq dan hidayah dan melihat segala perkara dengan mata hati bukan mata nafsu yang cintakan dunia.


Bila akal tidak mendapat ilmu yang betul maka hati akan dipandu dengan cara tidak betul. Jom cari ilmu bukan berita.

Jom kita kongsi ilmu 26 Mei nanti bersama Prof. Dr Muhaya dan Ustaz Don dalam Seminar SIMKII!