Sunday, April 21, 2013

Renungan Bersama

Orang yang berjaya menyukai apa yang mereka lakukan dan mendapat makna atas segala perbuatan mereka. 

Orang berjaya berlumba dgn masa utk membuat aktiviti berguna.


Setiap saat katakan pada diri kita perkara yang baik seperti " saya sayang diri saya , keluarga saya dan semua makhluk Allah" lihat bagaimana hidup akan berubah bila sikap kita berubah.


Apa yang kita semai itu yg kita akan tuai. Jom audit diri dan pilihan kita sebelum ini yang memberikan hasil kehidupan kita.


Semoga kita sentiasa merenung diri dan memulakan sesuatu tabiat yang baik yang akan mengubah kehidupan dunia dan akhirat.


Semoga ramai dari kita yang hidup suka menghargai orang lain.


Semoga kita fokus kehidupan kita utk akhirat dan sentiasa kata kita hanya transit di dunia ini.


Ramai tahu solat wajib tapi banyak alasan bila nak menunaikannya. Jom audit diri.


Sentiasa berdoa dapat cahaya dalam kubur yakni sedekah dan wudhu. Jika kita bakhil dan tidak solat bayangkan kubur nanti. Kaum wanita jaga aurat dan solat. Bayangkan mati dalam keadaan membuka aurat alangkah ngerinya.


Bila kita di kubur yang tinggal hanya amalan. Jom cari pencen kubur iaitu anak yang soleh, ilmu bermanafaat, dan sedekah jariah.


Bila kita menerima Islam, akan keluar dari gelap kepada cahaya dan in syaa Allah bahagia dunia dan akhirat. 


Setiap saat doa mendapat taufiq dan hidayah dan melihat segala perkara dengan mata hati bukan mata nafsu yang cintakan dunia.


Bila akal tidak mendapat ilmu yang betul maka hati akan dipandu dengan cara tidak betul. Jom cari ilmu bukan berita.

Jom kita kongsi ilmu 26 Mei nanti bersama Prof. Dr Muhaya dan Ustaz Don dalam Seminar SIMKII!


:::Tazkirah::: Ciri2 Muslim Yang Baik

10 Sifat yang harus ada pada peribadi Muslim :

1. Akidah yang salim(bersih)

2. Ibadah yang menepati sunnah

3. Hati yang bersih dan akhlak yang mulia 

4. Kesihatan dan kekuatan jasmani 

5. Kecerdasan berfikir 

6. Mampu mengawal dan menundukkan hawa nafsu 

7. Pandai menjaga waktu 

8. Memiliki kemampuan berdikari dan tidak suka meminta-minta 

9. Teratur dalam menguruskan sesuatu 

10. Pemurah dan bermanfaat bagi orang lain 


Maka itu 10 sifat tersebut adalah ciri2 peribadi mulia yang harus dimiliki seorang muslim terutama para ulama dan mereka yang menyeru manusia di jalan Allah S.W.T. Semoga Allah S.W.T tanamkan sifat2 tersebut pada diri kita. :)

bila aku kata "aku sedang berubah"


Saturday, April 20, 2013

Maria Elena: Taking haters lovingly

Maria Elena: Taking haters lovingly: Assalamualaikum wbt, ukhti & akhi sekalian! how gangsta am i? i've blogged quite frequently lately! *claps to myself* anyway, i...

Maria Elena: just a thought, if it helps =)

Maria Elena: just a thought, if it helps =): assalamualaikum wonderbears! wonder because we alls likes to wonders innit. bears coz we alls likes bears innit. i tells yewhhh! ok m...

Mutiara Kata

* Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.

* Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.


* Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.


* Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela -Napoleon Bonaparte


* Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.


* Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.


* Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.


* Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. – Charles Cahier


* Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong


* Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.


* Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu.


* Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa


* Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat


* Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai


* Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu


* Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya


* Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik


* Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan


* Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…


* Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya


* Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu


* Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


* Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian


* Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera


* Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging


* Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan


* Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali


* Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya


* Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk


* Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja


* Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang


* Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri


* Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu


* Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati


* 1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan


* Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan


* Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia


* Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu


* Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian


* Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil


* Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja


* Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia


* Keagungan peribadi anda terletak pada kesediaan anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat


* Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya


* Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.


* Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia


* Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan


* Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya


* Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu


* Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman


* Bercintalah dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan


* Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan


* Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas


* Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan


* Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi dan berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang bayang yang mengikut ke mana sahaja kita pergi


* Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut


* Insan yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat di tengah- tengah pipi masyarakat


* Lidah ibarat peti emas tersilap cakap akan buruk padahnya


* Seandainya hidup ini punca perpisahan… biaralah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup memeberi erti yang nyata


* Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas dnegan buah


* Setumpul tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam oleh itu jangan di sangka sebodoh bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi pelajaran


* Sesuatu yang dilakukan tanpa paksaan merupakan paksaan merupakan sebuah kemenangan dan sebuah memori indah untuk disingkap kembali


* Manusia yang memiliki mata kepalsuan yang Cuma melihat pada keindahan dan kecantikan adalah tergolong dalam golongan kaum yang rendah martabatnya yang mana mereka akan dibebani dosa


* Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda


* Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik daripada menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain


* Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah TUhan


* Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan keharmonian rumah tangga. Oleh itu, jadikan sifat bertolak ansur itu panduan ke arah kebahagian dalam meniti hidup suami isteri agar dapat mengecapi apa yang dihajati dalam kerukunan perkahwinan


* Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat


* Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya


* Kecantikan hati, tutur kata dan budi adalah kecantikan manusia yang paling indah yang paling sukar dihampiri selagi dunia fana ini masih terbit pergolakan untuk menakluki bumi Allah


* Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinya setiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat


* Hargailah diri, diri itu bukan ringgit nilainya


* Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafsirkan…tapi senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan


* Tiada anak yang tidak sah yang ada ialah orang tua yang tidak sah


* Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran


* Jadikanlah diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat


* Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan orang tuli


* Rindu adalah suatu derita yang maat bahagia adalah kerana kerinduan itu sebahagian dari nafas cinta tanpa kerinduan dan akan menjadi matang dan berpanjangan


* Manusia yang paling bahagia di dunia ini adalah orang yang punya cinta sejati ada keyakinan diri, budi dan kesopanan malah yang paling utama ialah orang yang tidak mempunyai hutang


* Sekiranya kamu mempunyai masalah, carilah dahulu jalan penyelesaian. Sekiranya tidak berjaya barulah kamu menyuarakan kepada orang yang berhak menyelesaikannya


* Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu penyeksaan yang tidak berkesudahan


* Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian setelah mengalami kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan kegembiraan pula belum berputik


* Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hendaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan


* Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan


* Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal


* Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun


* Terburu buru Dengan perasaan seriang dianggap tiket menempah kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir dengan kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan


* Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian bias berpanjangan


* Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata kata kerana ia dibungkus dengan gula gula yang lebih manis dari racun


* Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia disulami dengan bunga bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan


* Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih sayang adalah suatu pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagiaan


* Apalah gunanya ilmu jika tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran


* Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain


* Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi besoknya


* Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran


* Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat


* Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar yang telah pecah, tiada bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat


* Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan


* Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh


* Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup


* Hati si isteri aku tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya dengan secukupnya


* Di sebalik nikmat, ada bala dan di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala usaha resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika dilanda nikmat usaha lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca bala.


* Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu


* Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu


* Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur setiap mata terbuku, belum bererti ia melihat


* Kejayaan adalah suatu pejalan bukannya suatu destinasi


* Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira


* Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup


* Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil

Friday, April 19, 2013

::: Follow Your Dreams:::


I have spread my dreams beneath your feet. Tread softly because you tread on my dreams.
W.B. Yeats

Go confidently in the direction of your dreams. Live the life you have imagined.
Henry David Thoreau

Every great dream begins with a dreamer. Always remember, you have within you the strength, the patience, and the passion to reach for the stars to change the world.
Harriet Tubman

Reach high, for stars lie hidden in your soul. Dream deep, for every dream precedes the goal.
Pamela Vaull Starr

All men dream but not equally. Those who dream by night in the dusty recesses of their minds wake in the day to find that it was vanity; but the dreamers of the day are dangerous men, for they may act their dream with open eyes to make it possible.
T.E. Lawrence
Our truest life is when we are in dreams awake.
Henry David Thoreau

So often times it happens that we live our lives in chains
And we never even know we have the key.
Lyrics from Already Gone, peformed by the Eagles for their 1974 On the Borderalbum

The end of wisdom is to dream high enough not to lose the dream in the seeking of it.
William Faulkner

I like the dreams of the future better than the history of the past.
Patrick Henry

Hold fast to dreams, for if dreams die, life is a broken winged bird that cannot fly.
Lanston Hughes

The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams.
Eleanor Roosevelt

Commitment leads to action. Action brings your dream closer.
Marcia Wieder

Dreams are the touchstones of our character.
Henry David Thoreau

The question for each man to settle is not what he would do if he had means, time, influence and educational advantages; the question is what he will do with the things he has. The moment a young man ceases to dream or to bemoan his lack of opportunities and resolutely looks his conditions in the face, and resolves to change them, he lays the corner-stone of a solid and honorable success.
Hamilton Wright Mabie

The best way to make your dreams come true is to wake up.
Paul Valery 

A skillful man reads his dreams for self-knowledge, yet not the details but the quality.
Ralph Waldo Emerson

Our waking hours form the text of our lives, our dreams, the commentary.
Anonymous

Hope is the dream of the waking man.
French Proverb

To unpathed waters, undreamed shores.
William Shakepeare

.: DOA SEBAGAI PENGUBAH TAKDIR :.


Doa adalah pengharapan, untuk memohon segala kehendak mahupun keinginan yang tersirat daripada Allah s.w.t agar diperkenankan. Sebagai seorang muslim, teruskan berdoa setiap waktu, kerana doa itu mampu mengubah takdir Allah s.w.t. Jangan mudah berputus asa sekiranya apa yang kita pinta itu belum diberikanNya. Bersabar dan redha atas apa jua yang ditakdirkan buat kita. Sebagaimana firman Allah s,.w.t dalam Surah Al-Ghafir ayat 60 :
اُدْعُوْنِيْ أًسْتَجِبْ لَكُمْ      
Ertinya : “ Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku akan memperkenankan (doa) kamu.

            Ayat di atas, menjelaskan bahawa Allah s.w.t telah berjanji kepada orang yang memanjatkan doa akan diperkenankan. Janji Allah s.w.t adalah pasti dan tidak pernah dusta, kerana Dia Maha Menepati Janji. Allah Ta’ala dalam ayat di atas juga memerintahkan kita supaya berdoa dan Allah s.w.t menjanjikan kepada kita akan dikabulkan doa. Kemudian Allah s.w.t  berfirman dalam ayat yang berikutnya:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Ertinya : “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”
                                                       
            Allah s.w.t yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah menjadikan permintaan hamba-hambaNya untuk keperluannya sebagai satu bentuk ibadah kepadaNya. Di sini, Allah s.w.t mencela orang yang tidak meminta dan berdoa kepadaNya dan menganggap dirinya sebagai orang yang menyombongkan diri atasNya.

            Selain itu, doa juga merupakan satu ibadah, berdasarkan hadith yang dibawakan juga dari Nu'man bin Basyir bahawa Rasulullah s.w.t telah bersabda, ( hadith Dhaif dalam Ta'liq 'ala Misykatul Masabiih  ) :
الدُعَاء هُوَ الْعِبَادَة
Ertinya : “Doa adalah ibadah”.

Imam Hafizh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari ( juzuk 11/halaman 98 ) mengatakan bahawa Syaikh Taqiyuddin Subki telah berkata : Doa yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah doa yang bersifat permohonan dan ayat berikutnya 'an ibaadatiy’ menunjukkan bahawa berdoa lebih khusus kepada beribadah. Ini bermakna barangsiapa yang sombong tidak mahu untuk beribadah, maka pasti dia juga sombong untuk melakukan doa.

Dengan demikian ancaman itu ditujukan kepada orang yang meninggalkan doa kerana sombong dan barangsiapa melakukan perbuatan itu, maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka. Adapun orang yang tidak berdoa kerana sesuatu alasan, maka tidak terkena ancaman tersebut. Walaupun demikian, memperbanyakkan doa adalah lebih baik daripada meninggalkannya, sebab terdapat banyak dalil-dalil yang menganjurkan kita supaya berdoa.

Imam Hafizh Ibnu Hajar juga mengatakan bahawa Imam At-Thaibi telah berkata : Sebaiknya hadis Nu'man di atas difahami secara erti bahasa adalah berdoa. Ini untuk memperlihatkan sikap berserah diri dan menggagungkan Allah, kerana tidak dianjurkan dalam ibadah melainkan hanya untuk berserah diri dan tunduk kepada Pencipta yakni Allah s.w.t. Oleh kerana itu, Allah s.w.t telah mengakhiri ayat tersebut dengan firman-Nya : "Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina. Dalam ayat ini orang yang tidak mahu tunduk dan berserah diri kepada Allah disebut orang-orang yang sombong, sehingga dikatakan berdoa mempunyai keutamaan di dalam ibadah, dan ancaman bagi mereka yang tidak mahu berdoa adalah hina dina.

Antara hadith yang menunjukkan perlunya kita berdoa :

 Dan Tirmidzi telah mengeluarkan hadith dari Abu Hurairah r.a dari Nabi Muhammad s.a.w,( Musnad Ahmad Juzuk 2. No.Hadis 442. Sunan Tirmidzi. No.Hadis 3374. Sunan Ibnu Majah. No.Hadis 3827 ),  :

مَنْ لَمْ يَسْأَلِ اللهَ يَغْضَبْ عَلَيْهِ
Ertinya : “Barangsiapa yang tidak meminta kepada Allah pasti Dia murka kepadaNya.”

Dan hadith Anas dari Nabi Muhammad s.a.w bahawa ia pernah berkata dalam Al-ihsanu Bitartubu Sahih Ibnu Hibban oleh  Al-Amir Ala’uddin Ali bin Balbani Al-Farisi :

لاَ تُعْجِزُوْا فِى الدُعَاءِ فَإِنَّهُ لَنْ يَهْلِكَ مَعَ الدُعَاءِ أَحَدٌ
Ertinya : “ Janganlah kamu merasa lemah dalam berdoa, maka sesungguhnya sekali-kali tidak akan binasa seorang pun bersama doanya.”
                                                                                       (Hadith Riwayat Ibnu Hibban, Hakim dan Dhiya’)

Dijelaskan bahawa jangan kita berasa letih untuk menadah tangan untuk berdoa. Jangan hadirkan dalam hati kita perasaan malas untuk berdoa. Ini kerana Allah s.w.t sebenarnya menguji sejauh mana keimanan kita bila dalam kesempitan dan kesusahan. Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala-galanya. Hanya Dia yang Menentukan dan Dia jualah Yang Merancang tiap-tiap sesuatu itu.

Di sini juga, sebaik-baik doa adalah dengan membaca Al-Qur’an kerana di dalamnya mengandungi ubat-ubat hati dan penyembuhan dari semua penyakit.

 Sebagaimana firman Allah s.w.t :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
Ertinya : “Hai manusia, telah datang kepadamu peringatan dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
                                                                                                                                ( Surah Yunus : 57 )


وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَارًا
Ertinya :“Dan kami turunkan dari Al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.”
                                                                                                                                  ( Surah Al-Isra’ : 82 )

Doa merupakan satu pengharapan yang dipohon oleh manusia kepada Allah. Doa memainkan peranan yang amat besar dalam kehidupan umat manusia. Melalui doa manusia akan dapat ketenangan dan berfikiran positif untuk mencapai kejayaan yang memuaskan dan cemerlang dalam apa jua perjuangan dan kehidupan manusia.

Maka, dengan doa dapat menjadikan manusia tidak akan kecewa di sebalik kegagalan-kegagalan yang dialaminya, malahan menyedari bahawa usaha dan bekerja keras perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Apabila tidak memperolehi apa yang dihajati, dia akan memujuk hatinya dengan berkata bahawa, setiap kejadian itu ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Disinilah kesabaran dan ketabahan hati menjadi perisai kepada diri sendiri. Melalui doa, manusia menyedari bahawa dia sebenarnya tidak keseorangan dalam melayari kehidupan ini. Dia sentiasa ada Allah sebagai Tuhan Yang Maha Agung, tempat dia berdoa, mengadu masalah kehidupan dan meminta perlindungan untuk keselamatan di dunia dan juga di akhirat kelak.

Berdoa ertinya memohon atau meminta sesuatu yang baik daripada Allah s.w.t, yang Maha Pemurah. Allah s.w.t menyuruh orang-orang Islam berdoa atau meminta sesuatu kepada-Nya. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Mu'min ayat 60 yang bermaksud : “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong dan takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina".

Maka, sesunggguhnya doa itu memberi manfaat terhadap bala bencana yang telah berlaku dan masih belum berlaku dan tidak menolak qada Allah melainkan doa, maka perlulah kamu berdoa agar dijauhkan dari segala musibah yang mana kita tidak mengetahuinya.

            Ingatlahdoa merupakan senjata bagi umat Islam untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati. Maka, dengan berdoa kita dapat berinteraksi dengan Allah s.w.t secara langsung. Segala takdir dan penyakit datangnya daripada yang Maha Esa yakni Allah s.w.t. Oleh itu, untuk mengubah takdir dan juga mengembalikan kesihatan, kita perlulah kembali kepada yang mendatangkannya. Jelaslah, perlunya kita untuk berdoa kerana  kita adalah hambaNya yang lemah dan sentiasa berhajat kepada Pencipta.

..::Tazkirah keinsafan::..

Pertama : Tahjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjud.

Kedua : Melazimi membaca Al-Quran dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.

Ketiga : Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh.

keempat : Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

kelima : Jaga sedekah setiap hari.walaupun hanya dengan sekuntum senyuman.

keenam : Jaga wudhuk terus menerus, kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.

ketujuh : Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

kelapan : perbaharui Azam dan Tekad untuk berkhidmat kerana Allah SWT .

Kesembilan : Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang muslim sejati.

kesepuluh : Memelihara diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan disisi Allah SWT .