Thursday, July 18, 2013

Mati Dalam Keadaan Islam ~ Mati Tanpa Dosa

Allah swt. bersabda, "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam". (A-li' Imraan: 102)

Dari Syaidina Usman r.a. katanya Nabi saw. bersabda; "Sesiapa mati dalam keadaan dia yakin tiada Tuhan selain Allah maka dia akan masuk syurga." (HR Muslim)

Sesiapa yang mati dalam keadaan Islam (beriman), dia dijamin akan dapat masuk Syurga.

Sesiapa yang mati dalam keadaan Islam, ada juga yang akan masuk Neraka untuk pembalasan dosa tetapi dia tidak kekal di Neraka. Setelah selesai hukuman, dia akan dikeluarkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga.

Sesiapa yang mati dalam keadaan BUKAN ISLAM, dia tidak akan dapat masuk Syurga dan akan masuk Neraka dan kekal di Neraka buat selama-lamanya. 

Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian kepada Kami kamu dikembalikan. (Every soul will taste death. Then to Us will you be returned). (Al-Ankabut: 57)

Jangan takut mati. 
Yang perlu kita takuti adalah azab siksa sesudah mati.
Akan ada azab kubur, azab di Mahsyar dan azab Neraka.
Azab siksa adalah balasan untuk sesiapa yang mempunyai dosa.
Allah Taala berfirman, maksudnya : "Dan sesungguhnya akan Kami rasakan kepada mereka yang melakukan dosa sebahagian azab yang dekat (di dunia) selain azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)." (as-Sajadah: 21)

Untuk selamat dari azab siksa selepas mati adalah mati tanpa dosa.

Untuk mencapai matlamat mati tanpa dosa:

1. Jaga diri dari melakukan dosa. Perkara WAJIB, jangan tinggal. Perkara haram, jangan buat.

2. Segera bertaubat jika melakukan dosa.

3. Segera memohan maaf dan halal jika melakukan kesalahan kepada manusia lain.

4. Bayar semua hutang. Pastikan waris tahu hutang kita dan ingatkan mereka untuk membayar hutang tersebut jika kita meninggal dunia.

5. Sentiasa berdoa kepada Allah memohon keampunan dosa, keselamatan dan perlindungan dari siksa azab neraka dan siksa kubur.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Kini manusia lebih sukakan ketenangan yang sementara berbanding ketenangan yang hakiki
Tak percaya?

Buktinya
Kita lebih cenderung untuk meluahkan rasa kecewa, marah, benci, simpati di dunia laman sesawang
Aktiviti & diari harian di'update' buat 'rujukan rakan taulan
Kemesraan pasangan suami isteri menjadi tatapan dunia tanpa sempadan
Dan..
Tiada lagi privacy untuk diri sendiri
Pangg!!!
Kadangkala ada baiknya lempang diri sendiri dulu sebelum menasihati orang lain..

Tak salah untuk berkongsi sesuatu buat sahabat handai
Minta pandangan, semangat, motivasi, tunjuk ajar, kata dorongan & inspirasi
Tetapi adakalanya
Sesuatu yang tidak perlu pun
Kita 'terkongsi'
Allah sorokkan aib kita
Allah tak hebahkan pun dosa kita pada kawan-kawan kita yang lain
Takkan kita sukarela buka aib kita sendiri?

Kita post sambil marah-marah
Keluar perkataan yang tak sepatutnya
Nak jadikan cerita
Kawan kita yang tak bersalah pun ikut terasa
Kawan kita yang lain, mengapi-apikan lagi
Dia campak  bertong-tong minyak tanah atas api kemarahan kita
Bertambah-tambah marak
Selesai ke?
Ada baiknya ambil wudu' mohon dengan Allah moga dipadamkan sifat kemarahan kita itu kerana itu sifat syaitan; sifat api
Wajah paling tak handsome & paling tak jelita adalah ketika mana seseorang itu sedang mengamuk-ngamuk

Jom sama-sama lepas ni kita mohon dengan Allah
Allah Pemberi Ketenangan Hakiki
Bukan manusia
Manusia tiada apa
Tetapi Allah ada segala-galanya
Percayalah
Berbaik sangkalah dengan Allah
Allah sentiasa ada dengan kita tetapi kita yang selalu tiada masa buat-Nya kerana sibuk dengan urusan dunia.
Sobs..

Sekali lagi
Mintalah dengan Allah
Allah tak marah
Allah lagi suka dengar rintihan kita
Allah lagi suka dengar tangisan kita
Allah lagi suka dengar permintaan kita
Allah lagi suka dengar rengekan kita
Mintalah pada-Nya
Ketenangan hakiki bakal kita temui
Percayalah sahabat-sahabat saya :')